Saturday, March 5, 2011

SOS/SAMBAL/TOPPING: Home made sauce

ASSALAMUALAIKUM.


rasa nak makan jemput-jemput, cucur udang atau nasi ayam? TAPI tak tahu bagaimana nak buat sosnya? jangan risau. mudah sahaja cara membuatnya. mari-mari kita lihat.


bahan-bahan (untuk 5-6 orang)

1. cili besar merah (4-5 batang)
2. cili api (2 batang) -optional-
3.bawang putih (seulas)
4.sos cili (3 sudu besar)
5.gula (2 sudu kecil)
6. garam (3 sudu kecil)
7. air 
8. jus limau kasturi


cara-cara:

1. kisarkan halus bahan 1-7
2. renehkan bahan yang dah dikisar ke dalam periuk sehingga bau cili mentah hilang
3. masukkan air (kepekatan sos terpulang kepada anda)
4. setelah menggelegak, masukkan jus limau kasturi.
5.sedia dihidangkan. kalau tak habis, boleh disimpan dalam peti.  :)




semalam saya makan sos cili ini dengan jemput-jemput ikan bilis.







SELAMAT MENCUBA!!!!

No comments:

Post a Comment