Sunday, March 6, 2011

ANEKA MEE: Dazzling Thick Hot and Spicy Kuey Teow

ASSALAMUALAIKUM...


For those who love spicy food, try this!




bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)

kuey teow (2 genggam) 
bawang merah kecil (2 ulas) 
bawang putih (2 ulas) 
cili api (5-6 biji) 
udang kering (2 cubit) 
kiub pati ikan bilis (setengah kiub) 
belacan (secubit) 
sotong (2 ekor dihiris) 
sos tiram (1 sudu besar)
sos cili (1 sudu besar)
kicap manis (setengah sudu besar) 
sos ikan (1 sudu besar) 
cili kering blender/cili boh (1 sudu besar) 
garam (1 sudu kecil) 
air (1 cawan)
telur (1 biji)
taugeh (segenggam kecil)-optional-
 cili merah (1 batang dihiris)
limau kasturi (sebiji)


Cara-cara:

1. tumbuk bawang merah kecil, bawang putih,cili api, udang kering, belacan dan kiub pati ikan bilis.
2. panaskan minyak dan masukkan bahan yang dah ditumbuk.
3.setelah hampir garing, masukkan cili kering blender/cili boh
4. setelah garing, masukkan hirisan sotong 
5. masukkan semua jenis sos
6.tambahkan air
7.masukkan kuey teow
8.setelah menggelegak, masukkan telur dan kacau segera (kuah akan menjadi agak kering dan pekat)
9. masukkan taugeh dan gaul rata
10.hidangkan dengan hirisan cili merah dan potongan limau kasturi.






 





1 comment:

  1. http://juicyjunkieswardrobe.blogspot.com/

    check out this blogshop and follow us, happy shopping! :D

    ReplyDelete