Sunday, June 6, 2010

DESSERT: rich choc pudding with white choco topping


ASSALAMUALAIKUM..

yeah..kali ini cik epa sekali lagi ke dapur..kalau ke dapur maknanya??? pandai...anak2 murid dah pandai..betul..kalau ke dapur maknanya saya kebosanan..buka peti sejuk, nampak butter dan white chocolate bar. tengok kat rak dapur, nampak serbuk koko n susu tepung, tengok atas peti sejuk, nampak sepeket agar-agar.ding..ding..apa lagi..mari bereksperimen..resepi kali ini..




RICH CHOC PUDDING with WHITE CHOCO TOPPING



nak tau cara buat?boleh2..tak nak tau pun saya tetap nk bgtau..cubalah..sangat simple.i think so far inilah resepi dessert paling simple pernah saya buat..so my dear readers..try it ya!

bahan-bahan:


Bahan-bahan A

1/2 cawan serbuk koko 
secawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter 
sepeket agar2 (agar2 strips)
bahan topping:

white chocolate (setengah bar)
air panas

cara-cara:

1. masukkan semua bahan-bahan A ke dalam periuk kecuali butter, biarkan mendidih

2. masukkan butter dan kacau sehingga butter larut dan semua bahan mencapai takat kesebatian yang memuaskan (pergh! ayatku tak boleh blah)


3.angkat adunan dan tapis sebelum diletakkan ke dalam loyang atau apa2 mould yang disukai (untuk dapatkan adunan yang 'clear')



4.biarkan di dalam peti sejuk selama beberapa tahun..eh..beberapa jam (sehingga betul2 keras dan cukup memuaskan)

5.untuk topping, letakkan air panas yang panas punyerrr! ke dalam loyang
6.masukkan white chocolate bar ke dalam mangkuk lutsinar atau apa2 mangkuk or bekas yang agak nipis n boleh serap haba
7.letakkan mangkuk tersebut di dalam loyang berisi air panas
8.menggunakan kuasa halilintar tujuh petala alam, godek-godekkan white chocolate itu sehingga cair
9.hiaskan ke atas pudding yang dah dipotong


enjoy! (biarkan selama beberapa minit sebelum makan pudding ini selepas diletakkan topping kerana bila topping dah mengeras..lebih sedap dimakan..:)  )



Friday, June 4, 2010

ANEKA MEE: bihun sup+sambal kicap+begedil ayam

ASSALAMUALAIKUM..

sekali lagi..merajinkan diri di kala kebosanan..dah jemu makan nasi..tiba2 rasa nak makan bihun pula.. so..decided to make bihun sup..ameng kata..tak sedap kalau buat bihun sup tak ada begedil..haha..malasnya nak buat begedil walaupun memang sangat2 suke makan begedil..fikir punya fikir..ok la..buat juga..n tambah lagi dengan sambal kicap..meh2 kita share resepi..:)


bihun sup..


"okay puan2 di rumah..hari ni wan nak tunjuk"...eh..masuk karakter Chef Wan pulak..okay..mari kita mulakan dengan resepi bihun sup..tak kisahlah anda nak cuba atau tak,yang penting anda kena cuba..cuba..cubalah..please..haha

bahan-bahan (untuk 3 orang makan)

 * bihun (sila rendam ye..)


A.bawang merah (3 biji) -sila tumbuk-
B. bawang putih (3 ulas) -tumbuk juga-
C. halia (sebesar ibu jari) -tumbuk lagi-
D. bunga cengkih (suka hati)
E.bunga lawang (suka hati)
F.kulit kayu manis (satu cukuplah)
* daun bawang (suka hati)
*daun sup (suka hati)
*taugeh (suka hati lagi)
* sup bunjut (optional)
* ayam/daging (suka hati lagi)
* sawi (beberapa batang)
* perencah sup (sepeket kecil)
* perencah kurma (1 sudu makan)

cara-caranya


1. panaskan minyak
2. tumiskan bahan  A-F sehingga naik bau
3. masukkan ayam atau daging n biarkan sehingga agak empuk
4. masukkan air mengikut takat yang disukai (nak kuah banyak..letaklah air banyak)
5. masukkan sup bunjut, perencah sup n perencah kurma
6.biarkan mendidih n tambah garam,serbuk perasa dan sayur sawi
7.siap!




kalau makan bihun sup, saya wajib makan dengan sambal kicap..so..ini resepi sambal kicap yang ibu saya ajar..simple tapi memang best..kalau nk makan sambal kicap ni buat pencicah pisang goreng ke, keledek goreng ke, tempe goreng ke, ok gak.

sambal kicap


bahan-bahan: 




* bawang putih (2-3 ulas)
* cili merah besar (5-6 batang)
* cili api (7-8 batang)
* limau nipis (3-4 biji) -ambil jusnya-
* kicap manis
*secubit gula

cara-cara:

1. (tumbuk atau guna blender kering) bawang putih, cili besar n cili api juga secubit garam)
2. keluarkan bahan yang sudah diblender tu n letak dalam mangkuk
3. tambahkan jus limau nipis n kicap manis dalam mangkuk tersebut n digaul rata


resepi seterusnya..


begedil (ayam)

bahan-bahan:


* ubi kentang -buang kulit n potong-(3 biji)
bawang merah (1 biji)
* isi ayam (direbus n dihiris)
* daun sup -hiris halus- (setengah genggam)
* daun bawang -hiris halus- (setengah genggam)
* telur ayam -untuk dicelup- (sebiji)
* garam (suka hati)
* lada sulah n lada hitam (serbuk)
* bawang goreng


cara-cara:

1. goreng kentang sehingga agak empuk n jangan terlalu garing
2. angkat kentang tu n ketepikan
3. goreng bawang

4. angkat bawang tu n ketepikan
5. tumbuk kentang yang dah digoreng tadi guna lesung batu (tumbuk hingga betul2 lumat)
6. letakkan di dalam mangkuk
7.masukkan lada sulah,lada hitam, garam,daun bawang n daun sup ke dalam mangkuk berisi kentang yang dah ditumbuk tu
 8.bentukkan bulat ke,leper ke,love ke..suka hatilah
 9.pecahkan telur dalam mangkuk lain
10.celurkan begedil yang dah dibentuk tadi dalam telur yang dah dipecahkan

11.gorengkan dalam minyak yang panas (api sederhana)

12. siap!


cara hidang bihun sup n begedil ayam..


1. letak segenggam bihun dalam mangkuk
2.letakkan taugeh,daun bawang,daun sup, bawang goreng, begedil n sambal kicap ke atas bihun
3. tambahkan sup




seronok sangat tengok ibu tambah dua kali bihun sup n begedil, aziq pun suka..hehe..so kawan2, cubalah..kalau nk pikat hati suami ke, ibu ke,ayah ke,hehe..boleh jamu ramai..berbaloi2..:)




ANEKA ROTI: roti suka hati

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini saya di rumah..bila dah bosan..saya ke dapur dan menyepahkan dapur..haha..pagi ni teringin nak makan something simple yet mengenyangkan..so..datanglah idea nak makan roti telur..tapi..malas lah pulak nak celur roti dalam telur n goreng satu-satu..akhirnya..

ini ialah resepi sendiri..namanya..Roti Suka Hati..haha..cool tak nama roti nih..well..rasanya ala2 roti john tapi yang ni best sikit kot sebab dia best.eh..tiba2..haha..tujuan resepi ini dipublishkan di sini ialah untuk menyeru kawan2 supaya cuba..simple je..kalau sesiapa yang lapar tapi malas nk pergi beli makanan..cubalah..:)

p/s:kuali saye mmg klasik n agak huduh..bukti sudah sekian lama digunakan..hukhuk..

bahan2..



1.Roti biasa (yang gandum@wholegrain punya) -2 keping-
2. telur -1 biji-
3.bawang merah -1 biji-
4. lada hitam -sedikit-
5.garam -secubit-
6.rempah kari -suku sudu makan-
7.marjerin@planta 
8. cili api -suka hati
9.timun
10.sos cili,sos tomato,mayonis

cara-caranya:
 
1. pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan  bawang, rempah kari n garam. pukul n gaulkan sebati..


2. panaskan kuali, masukkan setengah sudu marjerin
3.masukkan telur yang dah dipukul tadi


4.goreng sehingga keperangan 


5.angkat


untuk rotinya..

1. sapukan marjerin pada roti.
2.panaskan kuali..
3.letakkan air paip @ air masak sebanyak satu sudu 



4.letakkan roti pada bahagian tepi dalam kuali (jangan biarkan terkena air)

***kenapa letak air?..***
***untuk memastikan kulit tepi roti lebih garing***

5. bila air dah kering..angkat roti..

sesi akhir..

1. letakkan sos cili,sos tomato,mayonis ke atas roti 
2.letakkan telur tadi
3. letakkan lagi sos2 n mayonis, timun


4.tutup dengan sebahagian lagi roti.


5.taburkan dengan serbuk lada hitam 

SIAP!

makanlah anda..:)