Tuesday, December 21, 2010

ANEKA NASI: nasi goreng pattaya special

ASSALAMUALAIKUM

okay. I dont know what to name this recipe as. bagi nama komersial sikit la (bajet dapat jual kat pasaran lak). LOL. takpe2..buat masa ni lets name it..


 nasi goreng pattaya special

apa yang specialnya? nothing much. cuma nasi goreng pattaya dihidang bersama ayam sarjan misai dan sambal cili api serta papadom.

maknanya anda perlu sediakan 3 benda ni selain goreng papadom. 

mari kita buat sekarang.

Nasi Goreng Pattaya

1. sediakan nasi goreng (tak kisahlah nasi goreng apa yang anda suka)

antara bahan penting untuk buat nasi goreng
......




 .
.
.
.
.
.
.
.
.

siap!
2. dadarkan (telur + sedikit garam + black pepper) dan goreng tipis.






Ayam Sarjan Misai

kenapa nama pelik? LOL. check this out kalau nak tahu. tak penting pun. :)


bahan-bahan:


1. ayam (potong kecil)
2. bawang putih (3 ulas)
3. halia (sebesar ibu jari )
4. bawang besar (1-2 biji)
5. serbuk kari ayam (2 suku sudu makan)
6. serbuk kunyit (2 sudu teh)
7. kicap manis,kicap pekat,kicap masin, sos tiram, sos cili, sos tomato (2-3 sudu makan bagi setiap satu)
8.gula (preferably gula perang), garam, serbuk perasa (sesedap rasa nak letak banyak mana)
9. cili api (optional)



cara-cara nak buat:

1. blend bahan 2 - 4 dan cili api. (air jangan banyak sangat)
2.masukkan ayam dalam sebuah bekas bersih.
3. campurkan bahan yang dah diblender ke dalam bekas berisi ayam.
4. tambahkan bahan 5 - 7
5. gaul sebati dan biarkan disimpan dalam peti sejuk selama 15- 20 minit.

6. panaskan kuali, tambahkan sikit minyak, masukkan ayam yang dah diperap tu.tambahkan bahan 8
7. tutup kuali dengan tudung periuk atau loyang.

lagi sennag gunakan tutup periuk. pakai loyang lagi2 yang daif macam ni, susa mau lift up wo.

8.masakkan 20-25 minit sehingga kuah pekat dan ayam empuk.

9. siap.


baunya harum, kuahnya pekat. (ayat provok)



Sambal Cili Api



bahan-bahan:


1. cili api ( 6-10 tangkai)
2.ikan bilis (gorengkan) (2 genggam)
3. gula (secubit)
4. limau kasturi ( 2 biji diambil jusnya)


cara-cara nak buat:

gunakan blender kering atau tumbuk guna lesung batu bahan 1-3, tambahkan jus limau tadi. gaul rata.





lepas tu..hidangkan kesemuanya. nasi goreng tu litupkan or bungkus dengan telur dadar. hiaskan dengan timun dan sos cili. lepas tu di tepinya letakkan satu sudu sambal cili api, ayam sarjan misai dan 2 keping papadom.


bon appetite~

DESSERT: Nescafe Layered Pudding

ASSALAMUALAIKUM


petang-petang macam ni makan pudding sedap gak kan? mari saya kongsikan resepi pudding hari ini.jumpa resepi ni pun dalam majalah . sangat simple.cubalah ye.

bahan-bahan:
1. agar-agar strip (10gm) 
2. nescafe (1 sudu makan) bancuhkan dengan 1 sudu makan air panas
3. susu cair (1 cawan)
4. gula ( 4-5 cawan)
5. air (5 cawan)



cara-cara

1.masukkan air ke dalam periuk , campurkan agar-agar strip dan gula. biarkan hingga mendidih.




2. tapiskan dengan penapis supaya nanti pudding tak bergumpal-gumpal.

3.bahagikan kepada dua bahagian. letakkan dalam dua bekas berbeza.
4.satu bekas untuk bancuhan nescafe + bancuhan agar-agar, satu bekas lagi untuk susu cair + bancuhan agar-agar.

5. ambil bekas comel-comel..preferably yang lutsinar supaya boleh nampak coraknya. 



AMARAN: elakkan letak dalam loyang dan potong macam agar-agar biasa tu sebab akan hancur. better letak dalam bekas kecil dan terus makan dari bekas tu. macam dadih. :)

6. letakkan bancuhan selang seli. biarkan satu lapisan keras sebelum letak lapisan kedua dan seterusnya. (pastikan anda selalu kacau bancuhan yang belum dituang ke dalam bekas takut ia membeku)

7. nak sedap lagi, taburkan cinnamon powder kat bahagian paling atas sebelum makan. :)







agak hodoh rupanya di sini.takpa2..anda buat yang lebih better. 



SELAMAT MENCUBA.







Monday, December 13, 2010

ANEKA MEE: LAKSA SARAWAK

ASSALAMUALAIKUM...


pergh!tajuk kontrobesi habis. yeah..memang dulu aku tak suka kau. first time kita bertemu pada tahun 2008 lalu.

kau hadir buat pertama kalinya.



tapi..setelah sekian lama..rindu pula. oh..


bestnya..
 laksa Sarawak. lol.



seriously weh..dulu macam tak suka laksa ni sebab bau dia agak lain tapi bila my housemate dari Sarawak prepared for us kat umah sewa beberapa minggu lalu, nak makan lagi rasanya. so..ke dapur mari..  :)


pictures tell.


mula-mula sediakan garnishes.

isi ayam, telur dadar, cili potong, limau, taugeh. (sepatutnya ade ketumbar gak but i don like)




lepas tu sediakan kuah..






lepas tu suruh si kuat makan buat kerja..hidang!

motip betul budak ni pakai baju KRS sekolah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


FINALLY...




bon appetite~


Tuesday, December 7, 2010

FOOD REVIEW: Jombali

ASSALAMUALAIKUM~

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH SEMUA!


Last night, after we were done with Maghrib prayer, my family members and I went to Carrefour Wangsa Maju for ayah wanted to buy something and ibu wanted to treat us dinner. Wandering around the stores available there for almost 15 minutes, we finally decided to indulge on our dinner here..


 the name of this restaurant is JomBali..I am not quite sure this restaurant is either owned by a Malaysian or an Indonesian based on its name, JomBali. but..never mind, that doesn't matter. we had several meals here. let me share with all of u few of the meals.


1.  special white coffee and dont worry be happy

 
the yellowish drink at the back is called 'dont worry be happy' (ordered by afiq). it is a drink of combination of mango and lemon and I dont quite sure what else, but it is a combination of citrus fruits..giving u such a bright color and strong taste.

thumbs up to: the presentation of the drink
hurm... to: it is too sweet for me.

the front one is the special white coffee (ordered by me)

thumbs up to: the thickness of the coffee and it is not too sweet
hurm...to: I didnt really find any specialty on it. the name is special, so it supposed to have something special.



2. Wantan Soup Kuey Teow (ordered by along)

thumbs up to: the garnishes. (prawns, chives, fried shallots)
erm...to: it's a little bland, there is not much 'kick' in it.




3. Siamese noodle (ordered by ayah)

thumbs up to: the taste. (almost perfect blend of flavor), addition of bay leaves which enhance the smell and taste.



4. chicken rice (ordered by aziq)

thumbs up to: the chicken, the soup
erm....to: the rice and  the sauce



5. tuna and cheese toast (ordered by me)


thumbs up to: the crispiness of the side of the toast, the creaminess of the cheese
erm...to: the taste of the tuna, quite bland. more garnishes should be added.



6. chicken chop with mushroom sauce (ordered by ibu)

 thumbs up to: the tenderness of the chicken meat, the thick sauce



7. shrimp paste fried rice  (ordered by afiq)


thumbs up to:
the amount of the rice and roasted chicken
erm..to: the sambal belacan..too sweet.

all and all..I personally would go for Siamese Noodle and Chicken Chop.

rating: environment( 70%)
taste (75%)
price (70%)

so..what are you waiting for..go to JomBali tonight! :)




Saturday, December 4, 2010

FOOD REVIEW: Yik Mun delicacies.

ASSALAMUALAIKUM

OKEH..perhatian orang-orang bandar dan kampung. blog saya ini akan memaparkan satu lagi jenis post iaitu tentang food review. but off courselah it wont be a daily basis review since I'll only post this food review if I go to tempat2 makan yang best dan layak untuk direview. off course, Im not Anthony Bourdain or any food critic tapi as a consumer, sharing my opinion on foods I've paid for is never a crime, kan? so..mari kita tinjau my first food review.


nama: YIK MUN RESTAURANT (halal)
tempat:Tg. Malim, Perak
laman web: http://www.yikmun.com/


Hari ni hari last exam. makanya, my besties and I went to this humble restaurant untuk lunch. Anyway, Pau Yik Mun memang dah lama dikenali kerana kelazatannya. tapi kali ni aku nak kongsi makanan-makanan lain yang kalian boleh cuba kalau ke restorannya. Here are few of my suggestions.(sorry..i forgot the price.hehe)


1. Hainan Chiken Rice

 yang best: nasi lembut, ayam sangat2 crispy!, sup sedap.



2. the all time favorite: PAU (beef curry and red bean)
 yang best:kulit yang super lembut, inti yang umph!




3. Fried Rice
 yang best: kuantiti nasi yang memang berbaloi-baloi



4. Kuey Teow Soup
yang best: kuah yang sangat pekat, udang yang besar dan manis, kuah dia sangat best!



5. Hainan Kuay Teow

yang best: udang besar, kuah pekat.

so, apa lagi..jemputlah datang ke Tg. Malim dan makan. :)

Saturday, November 27, 2010

DESSERT: banana and choco chip roll with vanilla ice cream.

ASSALAMUALAIKUM

saya rasa sangat sweet. yeah..dessert time. kredit to my lovely cousin, Jiha for sharing the recipe. cubalah..sangat simple yet yummy..


anyway..resepi asal guna pisang.. but again..biasalah. aku kan saintis tak berilmiah..cuba buat satu lagi version. try guna green apple. huhu..sedap juga..:)

bahan-bahan


1. kulit popia (beli je kat supermarket)
2.pisang/epal hijau/epal merah/apa-apa buah yang tak terlalu berjus like tembikai
3. choco chip/dark choco bar
4.putih telur(sebiji)
5.marjerin(optional)

cara-cara membuatnye

1. bentangkan kulit popia dan sapukan sikit marjerin pada tempat yang nak disusun buah.. tambahkan choco chip. jangan banyak sangat nanti manis sangat..macam ni.

 ni kalau guna pisang
ni kalau guna apple

2. lipat macam nak buat popiah..bucu hujung nanti sapukan sikit putih telur supaya melekat.


 buat banyak sebab nak jamu ramai orang. :)


3. and then..gorengkan...

 CAUTION: kulit popia segera memang cepat masak..so..sekejap sangat masa diambil untuk garing..jangan sampai hangit ye. :)

siap!!!!!!!!!



potongkan dua..and sajikan dengan ice cream vanilla :)

the choco melts!





 BON APPETITE..:)






Friday, November 5, 2010

ANEKA ROTI: mashed egg with baked beans

ASSALAMUALAIKUM

wohoo.tajuk entri ala-ala promote produk kecantikan gitu. tett... ini bukan blog bisnes cuma saja nak berkongsi satu lagi resepi. ye..aku ni memang suka merepek. walaupun resepi ni mungkin akan membuatkan korang berfikir 80 kali sebelah pagi dan 20 kali sebelah petang sebelum mencuba, percayalah, worth trying. ;) anyway, ini menu yang korang boleh cuba untuk sarapan mahupun brunch (breakfast + lunch). sebenarnya buat benda ni sebab ada baki baked beans dalam peti. hehe. tak baik membajir (kata orang jawa), so gunalah sebaiknya.

mashed egg with baked beans + oatmeal with diced green apple.

pergh. nama tak boleh nak exclusive lagi la ek?hehe. sekali sekala.

senang je nak buat.

mashed egg with baked beans

bahan-bahan:

1. baked bean (dalam tin)
2. bawang merah sebiji (potong dadu halus)
3.bawang putih 2 ulas (potong dadu halus)
4.cili api (if nak pedas la)
5.parsley/oregano kering (optional)
6.telur 2 biji (rebus ye)
7. halia (sikit saja untuk bagi wangi sikit)
8.penambah perasaan (white pepper/black pepper/garam)


cara-cara:

1. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia n cili.
 2. masukkan baked beans dan sosnya.masak hingga mendidih



3. hancurkan telur rebus sehancur-hancur yang boleh (penggunaan emosi agak membantu dlm proses ini)


4. masukkan telur hancur dalam baked beans yang dah dimasak tadi)


5.tambahkan garam, black pepper, white pepper
6.if terlalu pekat, tambah air sikit (jangan risau, nanti dia akan pekat kembali)
7.sedia disantap dengan roti







oatmeal with diced green apple.

yang ni takyah beritahu pun korang tahu buat. takpelah.saja  je nak juga beritahu.

buat oat macam biasa. ala..macam bancuh nestum tu. lepas tu letakkan buah epal hijau yang dah dipotong dadu. boleh ja kalau nak pakai buah lain. nangka ke, durian ke, cempedak ke, petai ke. janji jangan sampai kena masuk spital.


jemput makan. :) selamat berbreakfast.


Sunday, October 17, 2010

ANEKA MEE: black pepper kuey teow.

ASSALAMUALAIKUM..

 yeehau.akhirnya, I came up with my new own recipe on blog. this is the second time making it. first time aritu x berapa confident nak pos kat blog cuz baru first time try. resepi sendiri kan memang belum tentu sedap.haha.tapi setelah mendapat testimoni pelanggan yang memberangsangkan, kali ni aku poskan buat kalian semua. (ceh.bajet aku ni pengasas Jusmate pula nak ada testimoni pelanggan).

cuba ye.sangat simple. n sedap dimakan waktu cuaca sejuk sebabb black pepper can keep u warm ;)


bahan-bahan (untuk 4orang makan)



1.  kuey teow (sebungkus)
2. bawang merah sebiji
3.bawang putih 3 ulas 
4.ikan bilis setengah genggam
5.udang kering 2 cubit (tumbuk)
6. lada hitam peppercorn (yang biji2 tu) 
7. serbuk lada hitam
8. sos lada hitam
9.sos tiram
10.kicap manis
11. telur sebiji
12. sos cili
13. isi ayam/udang/sotong/daging
14.kobis/kacang panjang/carrot


cara-cara

1. tumbuk hingga lumat bahan 2-5
2. tumbuk hingga hancur black peppercorn
3. tumis bahan yang dah ditumbuk sebelum masukkan black pepercorn yg dah ditumbuk
4.masukkan semua jenis sos
5. masukkan air
6.bila dah mendidih, masukkan telur n hancurkan
7.masukkan sayur dan isi ayam etc
 8. masukkan kuey teow


p/s;if nak berkuah, tambahkan air lagi


sedia disantap




Friday, September 17, 2010

resepi:ayam goreng madu

ASSALAMUALAIKUM

semalam aku bersendirian di rumah.perut tiba-tiba memainkan lagu caklempong. apalagi..dapur mari!tengok dalam peti, ayam ada. hurm..ting!ayam goreng madu jom..
ayam ni korang boleh makan dengan nasi ayam mahupun makan sebagai lauk dengan nasi biasa.cubalah!yang ni aku buat untuk satu family makan. haha..agak tamak di situ.nasib baik once my family came back, diaorang makan...alhamdulillah, licin :)

bahan-bahan (untuk diperap):

1. ayam (suka hati nak berapa ketul)
2.serbuk kunyit (1-2 sudu teh)
3. bawang besar (1 1/2 ulas)
4.bawang putih (3 ulas)
5.halia (sebesar ibu jari)
6.sos tiram (2-3 sudu makan)
7.madu/ gula (satu sudu makan)
8.garam n ajinomoto (secukup rasa)


bahan-bahan celup:

1.  tepung beras (3 sudu)
2. telur (sebiji)
3. air (secukupnya...jangan terlalu cair, nanti x rangup)

cara-cara nak buat:

1. masukkan bawang merah, bawang putih, sos tiram, madu/gula, halia, serbuk kunyit dan sikit air ke dalam blender.kisarkan halus.



2. curahkan ke atas ayam dan gaulkan rata.biarkan seketika. (lagi lama diperap, lagi sedap ayamnya nanti)



3. celupkan ayam dalam bahan-bahan celup dan gorengkan dalam minyak yang panas gila.hehe..goreng sampai ayam empuk.


(bahan celup) campuran tepung beras n telur

kawal api dengan baik


4. sedia dimakan!

 p/s:jangan risau. kalau hitam tu bukan hangit tapi sebab kita pakai madu/gula, so jadi hitam sikit.