Wednesday, March 23, 2011

ANEKA ROTI: simple murtabak maggi

ASSALAMUALAIKUM...


My class today was a bit packed so the desire to eat increased as how the tiresome hiked. Reached home from campus, my stomach growled, screaming for food. Since I didn't feel like eating rice, i prepared something simple. Oh yeah, thanks to my sweet housemate, Gie for she willingly provided 2 eggs and 2 packets of instant noodles to be used. So, as the reward, I treated her together with few of my other housemates. Sharing is caring, aite?  <3

so..mari buat murtabak maggi.

bahan-bahan:
(untuk 3-4 orang makan)

  • bawang merah kecil (2 biji)
  • bawang putih (2 ulas)
  • sosej/isi ayam/daging cincang 
  • cili api -optional-
  • maggi dan perencahnya (2 peket)
  • telur ayam (3 biji)

cara-cara:

1. rendam maggi sehingga lembut. angkat dan ketepikan.
2.gorengkan hirisan sosej bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan cili api.angkat dan ketepikan
3. di dalam satu mangkuk lain, pecahkan telur, campurkan perencah maggi, pukul.
4. masukkan maggi dan bahan 2. ke dalam mangkuk berisi telur. gaulkan rata
5.panaskan satu sudu minyak dalam kuali dan ratakan di sekitar kuali.
6.masukkan campuran di no. 4. tadi dan tekan-tekankan mengguanakn sudip supaya maggi dan telur jadi lebar
7. setelah agak masak telurnya, balikkan murtabak dan biarkan bahagian seterusnya masak.
8.potong ikut suka hati, hiaskan dengan daun bawang dan daun sup
9.makan bersama sos semasa masih panas.





Bon appetite~










Tuesday, March 22, 2011

DESSERT:rocky road choco bar

ASSALAMUALAIKUM...

Yeah, I've just done with helping my friend preparing her friend's birthday gift. She asked us to make her a simple dessert, yeah..with she helping me la kan.hee..so.. I came up with the idea to make this..this thing la..the ones I wanna share. anyways, the original idea was from Nigella, yeah..my long lost friend. haha..motiff sgt. She made it with marshmallow in it, but since I couldnt find marshmallow, I made it my own version, You would probably be thinking like.. "eh..macam kek batik je." naah, not the same. kek batik is soft, this one..rock..yeah!rock bebeyh..try it la, then you know how it tastes like..kan? presenting...


Rocky Road Choco Bar

Bahan-bahan:
  • dark choco bars (2 bars)
  • unsalted/usual butter (1 bar) 
  • golden syrup (3 tablespoons) 
  • biskut marie (15-20 keping) 
  • nuts/almond/marshmallow/raisins (segenggam) -u can put anything u want- 

cara-cara:

1. cairkan coklat, butter dan golden sirap di atas sauce pan atau kuali biasa menggunakan api kecil.

2. setelah cair, biarkan seketika. asingkan 3 senduk besar coklat itu ke dalam mangkuk lain.
3. letakkan biskut marie di dalam plastik bersih, hancurkan ia guna lesung batu atau penggiling doh. jangan terlalu hancur

4. di dalam bekas lain, letakkan biskut marie hancur itu dengan nuts/marshmallow/raisin. gaulkan rata.

 



5. tuangkan coklat di dalamnya dan gaul rata.



6. letakkan ia ke dalam loyang yang telah dilapis dengan plastik pembalut makanan.

7. ratakan campuran itu dan tekan sedikit dengan senduk agar mampat.
8.tuangkan coklat yang telah diasingkan tadi ke atas permukaan bahan dalam loyang agar keseluruhan chocolate bar akan lebih umpphh!! 
9. masukkan ke dalam peti sejuk (not the beku part) .  let it be for 2 hours and above. lagi lama lagi sedap. 

and then you are ready to ngap!


before potong








you can make it into birthday present.heee...


Monday, March 21, 2011

LAUK: ikan selar goreng dengan taucu

ASSALAMUALAIKUM

Today I feel like cooking again. Since I've bought some fishes and cuttlefishes as well yesterday, I thought that I should cook 'em. The cuttlefishes have all successfully cooked yesterday. Just a normal dish, sambal sotong. So, today's menu:



Ikan Selar Goreng dengan Taucu

What is taucu? I reckon most of us know what taucu is. kan? hee.. so.. need not to explain what taucu is. But, this picture will probably help those who have no single idea about taucu. 

got it? got it? sometimes they call it kacang masin. yeah..made by soy bean.


okay..Let's get back to business.
Bahan-bahan:

ikan selar (boleh diganti ikan lain)
bawang kecil (ditumbuk) -2 biji-
bawang putih (ditumbuk) -2 biji-
halia (dihiris) -separuh ibu jari-
bawang putih (dihiris halus) -2 biji-
bawang merah besar (dihiris) -sebiji-
lobak merah (dihiris panjang) -suka hati-
taucu -1 sudu makan-
sos ikan -1 sudu teh-
cili api (dibelah dua) -optional-
asam jawa (direndam dengan air) -sesedap rasa-
gula -secubit-
daun bawang -helai-


cara-cara

1. goreng ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2. angkat dan ketepikan
3. untuk kuah, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dah ditumbuk, bawang merah, bawang putih, halia  dan cili api yang dah dihiris. Tumiskan.
4. masukkan taucu dan sos ikan, kacaukan.
5. masukkan hirisan lobak merah. biarkan empuk sikit
6.tambahkan air asam jawa
7.masukkan air (nak kuah lebih, letak air lebih)
8. masukkan gula dan garam.
9.bila kuah dah mendidih, siramkannya atas ikan goreng tadi.
10.hiaskan dengan hirisan daun bawang.


sedia dimakan dengan nasi panas.  :)






Saturday, March 19, 2011

DESSERT: mocha mousse with dark choco sauce, drizzled with almond flake and dark choco bits

ASSALAMUALAIKUM..


so what's up people? the name of my dessert today is long enough? I reckon so. LOL. well, since i am no good at baking yet I love making dessert, I made this mousse. Thanks to Chef Michael Smith from the show, Chef at Home (yeah..I enjoy watching AFC channel's shows) for the idea, mousse without using eggs. :)

so, here you go, my mocha mousse inspired by Chef Michael Smith. cubalah. sangat simple.


bahan-bahan:

  •  dark choco bar (1 bar besar)
  •  gula (1 sudu besar ) -optional-
  •  whipping cream (2 cawan)
  • esen vanila (1 sudu teh )
  •  air kopi (5-6 sudu makan)
  • almond flake or other nuts (bake it) -optional-

cara-cara:

-mocha mousse- 

1. pukul campuran whipping cream, esen vanila dan gula sampai kental. ketepikan.
2. cairkan coklat dalam sauce pan dan tambahkan air kopi. biarkan sejuk sebentar
3. masukkan campuran coklat dan air kopi tersebut  ke dalam campuran whipping cream. 
4. gaulkan sebati.
5. letakkan dalam bekas koktel atau mana-mana bekas anda suka.

-dark chocolate sauce- 

ambil saja chocolate yang dicairkan pada step nombor 2.

-dark chocolate bits-

letakkan coklat yang dah dicairkan ke dalam plastik kecil, tempatkan di dalam peti. bila dah beku dalam peti, hancurkan ia dengan menggenggamnya.  


cara hidang:

tuangkan dark choco sauce ke atas mousse, tambahkan almond flake dan dark chocolate bits.








boleh makan suda~
 


Sunday, March 6, 2011

ANEKA MEE: Dazzling Thick Hot and Spicy Kuey Teow

ASSALAMUALAIKUM...


For those who love spicy food, try this!




bahan-bahan: (untuk 2 orang makan)

kuey teow (2 genggam) 
bawang merah kecil (2 ulas) 
bawang putih (2 ulas) 
cili api (5-6 biji) 
udang kering (2 cubit) 
kiub pati ikan bilis (setengah kiub) 
belacan (secubit) 
sotong (2 ekor dihiris) 
sos tiram (1 sudu besar)
sos cili (1 sudu besar)
kicap manis (setengah sudu besar) 
sos ikan (1 sudu besar) 
cili kering blender/cili boh (1 sudu besar) 
garam (1 sudu kecil) 
air (1 cawan)
telur (1 biji)
taugeh (segenggam kecil)-optional-
 cili merah (1 batang dihiris)
limau kasturi (sebiji)


Cara-cara:

1. tumbuk bawang merah kecil, bawang putih,cili api, udang kering, belacan dan kiub pati ikan bilis.
2. panaskan minyak dan masukkan bahan yang dah ditumbuk.
3.setelah hampir garing, masukkan cili kering blender/cili boh
4. setelah garing, masukkan hirisan sotong 
5. masukkan semua jenis sos
6.tambahkan air
7.masukkan kuey teow
8.setelah menggelegak, masukkan telur dan kacau segera (kuah akan menjadi agak kering dan pekat)
9. masukkan taugeh dan gaul rata
10.hidangkan dengan hirisan cili merah dan potongan limau kasturi.






 





Saturday, March 5, 2011

SOS/SAMBAL/TOPPING: Home made sauce

ASSALAMUALAIKUM.


rasa nak makan jemput-jemput, cucur udang atau nasi ayam? TAPI tak tahu bagaimana nak buat sosnya? jangan risau. mudah sahaja cara membuatnya. mari-mari kita lihat.


bahan-bahan (untuk 5-6 orang)

1. cili besar merah (4-5 batang)
2. cili api (2 batang) -optional-
3.bawang putih (seulas)
4.sos cili (3 sudu besar)
5.gula (2 sudu kecil)
6. garam (3 sudu kecil)
7. air 
8. jus limau kasturi


cara-cara:

1. kisarkan halus bahan 1-7
2. renehkan bahan yang dah dikisar ke dalam periuk sehingga bau cili mentah hilang
3. masukkan air (kepekatan sos terpulang kepada anda)
4. setelah menggelegak, masukkan jus limau kasturi.
5.sedia dihidangkan. kalau tak habis, boleh disimpan dalam peti.  :)




semalam saya makan sos cili ini dengan jemput-jemput ikan bilis.







SELAMAT MENCUBA!!!!

ANEKA MEE: home made char kuey teow

ASSALAMUALAIKUM...


Penang mari! to my dearest KKK followers, here I am, sharing my home made char kuey teow's recipe. Ini merupakan resepi yang telah diubah dan diolah dari resepi asal. Selamat Mencuba!


disebabkan kita sedia maklum, nak buat char kuey teow, sangat pantas macam kat kedai tu, jadi seeloknya siapkan paste dahulu. paste ni kiranya macam sos la. kalau dah siapkan nidulu, cepat sikit nak siapkan char kuey teow nanti. lagipun, paste ni kalau ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk n digunakan bila-bila anda mahu, OK?

bahan-bahan paste (untuk 4 orang makan)


udang basah (15-20 ekor)
bawang putih (4 ulas)
sos tiram (5 sudu besar)
kicap pekat (1 sudu besar)
kicap manis (3 sudu besar)
sos ikan (1 sudu besar ) -optional-
kiub pati ikan bilis (1 kiub)
air untuk merebus udang (3-4 cawan)
gula (1 sudu besar)
garam (setengah sudu besar)
kuah rojak buah (1 sudu besar) -optional-


cara-cara buat paste

1. rebus udang sehingga udang bertukar kemerahan
2. biarkan udang sejuk sebentar sebelum dikopek kulit dan kepalanya.ketepikan isinya. jangan buang air rebusan. 
3. blendkan kepala udang dan kulitnya di dalam blender. gunakan air rebusan sekali.
4. tapiskan ia untuk dapatkan air udang yang bersih dari kepala dan kulit
5. campurkan air udang itu dengan bahan-bahan paste yang lain
6.renehkan di dalam kuali sehingga pekat
7.sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam bekas.

begini rupanya:


sekarang,..mari kita goreng Char Kuey Teow!! ingat! sekali masak untuk satu hidangan. kalau masak banyak sekaligus, tak sedap.


bahan-bahan:

kuey teow halus (segenggam)
telur ayam (sebiji)
cili kering blender/cili boh (ikut suka, nak pedas, letak banyak)
bawang putih (2 ulas)
udang yang dah dikopek tadi (5-6 ekor)
kerang yang dah direbus dan dikopek (segenggam kecil)
taugeh (segenggam)
kucai yang sudah diracik (segenggam kecil)
air (setengah - 1 cawan)


cara-cara membuatnya:

1. panaskan kuali, masukkan 2-3 sudu minyak masak
2. masukkan cili kering blender/cili boh
3.masukkan bawang putih
4. masukkan 1 sudu besar paste
5.kacau sebati sehinga garing sebelum masukkan air
6. masukkan taugeh dan kucai
7.masukkan udang dan kerang
8. masukkan kuey teow
9.bila air dah menggelegak, masukkan telur dan kacau sebati
10. segera alihkan ke pinggan


PERINGATAN: patikan kuali betul-betul panas. berhati-hati ya.


inilah hasilnya: