Friday, September 17, 2010

resepi:ayam goreng madu

ASSALAMUALAIKUM

semalam aku bersendirian di rumah.perut tiba-tiba memainkan lagu caklempong. apalagi..dapur mari!tengok dalam peti, ayam ada. hurm..ting!ayam goreng madu jom..
ayam ni korang boleh makan dengan nasi ayam mahupun makan sebagai lauk dengan nasi biasa.cubalah!yang ni aku buat untuk satu family makan. haha..agak tamak di situ.nasib baik once my family came back, diaorang makan...alhamdulillah, licin :)

bahan-bahan (untuk diperap):

1. ayam (suka hati nak berapa ketul)
2.serbuk kunyit (1-2 sudu teh)
3. bawang besar (1 1/2 ulas)
4.bawang putih (3 ulas)
5.halia (sebesar ibu jari)
6.sos tiram (2-3 sudu makan)
7.madu/ gula (satu sudu makan)
8.garam n ajinomoto (secukup rasa)


bahan-bahan celup:

1.  tepung beras (3 sudu)
2. telur (sebiji)
3. air (secukupnya...jangan terlalu cair, nanti x rangup)

cara-cara nak buat:

1. masukkan bawang merah, bawang putih, sos tiram, madu/gula, halia, serbuk kunyit dan sikit air ke dalam blender.kisarkan halus.



2. curahkan ke atas ayam dan gaulkan rata.biarkan seketika. (lagi lama diperap, lagi sedap ayamnya nanti)



3. celupkan ayam dalam bahan-bahan celup dan gorengkan dalam minyak yang panas gila.hehe..goreng sampai ayam empuk.


(bahan celup) campuran tepung beras n telur

kawal api dengan baik


4. sedia dimakan!

 p/s:jangan risau. kalau hitam tu bukan hangit tapi sebab kita pakai madu/gula, so jadi hitam sikit.




2 comments:

  1. resipi kuih sepritt satu kaakkk~

    ReplyDelete
  2. seprit?haha..semprit r.neway..aq xtau buat.beli da r.haha

    ReplyDelete