Sunday, October 17, 2010

ANEKA MEE: black pepper kuey teow.

ASSALAMUALAIKUM..

 yeehau.akhirnya, I came up with my new own recipe on blog. this is the second time making it. first time aritu x berapa confident nak pos kat blog cuz baru first time try. resepi sendiri kan memang belum tentu sedap.haha.tapi setelah mendapat testimoni pelanggan yang memberangsangkan, kali ni aku poskan buat kalian semua. (ceh.bajet aku ni pengasas Jusmate pula nak ada testimoni pelanggan).

cuba ye.sangat simple. n sedap dimakan waktu cuaca sejuk sebabb black pepper can keep u warm ;)


bahan-bahan (untuk 4orang makan)



1.  kuey teow (sebungkus)
2. bawang merah sebiji
3.bawang putih 3 ulas 
4.ikan bilis setengah genggam
5.udang kering 2 cubit (tumbuk)
6. lada hitam peppercorn (yang biji2 tu) 
7. serbuk lada hitam
8. sos lada hitam
9.sos tiram
10.kicap manis
11. telur sebiji
12. sos cili
13. isi ayam/udang/sotong/daging
14.kobis/kacang panjang/carrot


cara-cara

1. tumbuk hingga lumat bahan 2-5
2. tumbuk hingga hancur black peppercorn
3. tumis bahan yang dah ditumbuk sebelum masukkan black pepercorn yg dah ditumbuk
4.masukkan semua jenis sos
5. masukkan air
6.bila dah mendidih, masukkan telur n hancurkan
7.masukkan sayur dan isi ayam etc
 8. masukkan kuey teow


p/s;if nak berkuah, tambahkan air lagi


sedia disantap




Friday, September 17, 2010

resepi:ayam goreng madu

ASSALAMUALAIKUM

semalam aku bersendirian di rumah.perut tiba-tiba memainkan lagu caklempong. apalagi..dapur mari!tengok dalam peti, ayam ada. hurm..ting!ayam goreng madu jom..
ayam ni korang boleh makan dengan nasi ayam mahupun makan sebagai lauk dengan nasi biasa.cubalah!yang ni aku buat untuk satu family makan. haha..agak tamak di situ.nasib baik once my family came back, diaorang makan...alhamdulillah, licin :)

bahan-bahan (untuk diperap):

1. ayam (suka hati nak berapa ketul)
2.serbuk kunyit (1-2 sudu teh)
3. bawang besar (1 1/2 ulas)
4.bawang putih (3 ulas)
5.halia (sebesar ibu jari)
6.sos tiram (2-3 sudu makan)
7.madu/ gula (satu sudu makan)
8.garam n ajinomoto (secukup rasa)


bahan-bahan celup:

1.  tepung beras (3 sudu)
2. telur (sebiji)
3. air (secukupnya...jangan terlalu cair, nanti x rangup)

cara-cara nak buat:

1. masukkan bawang merah, bawang putih, sos tiram, madu/gula, halia, serbuk kunyit dan sikit air ke dalam blender.kisarkan halus.



2. curahkan ke atas ayam dan gaulkan rata.biarkan seketika. (lagi lama diperap, lagi sedap ayamnya nanti)



3. celupkan ayam dalam bahan-bahan celup dan gorengkan dalam minyak yang panas gila.hehe..goreng sampai ayam empuk.


(bahan celup) campuran tepung beras n telur

kawal api dengan baik


4. sedia dimakan!

 p/s:jangan risau. kalau hitam tu bukan hangit tapi sebab kita pakai madu/gula, so jadi hitam sikit.




Tuesday, August 31, 2010

DESSERT: cik mek molek

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 buat negaraku tercinta, Malaysia.

Khas untuk menyatakan betapa daku menyayangi Malaysia, petang tadi daku ke dapur bersama2 roomateku, Elly untuk sediakan kuih tradisional Malaysia yang cukup popular di Kelantan, Cik Mek Molek. cubalah ye..enak dimakan waktu petang sambil hirup kopi panas.yummy2

Bahan-bahan:

1. ubi keledek (yang isi dia warna putih tau! ) -2 biji-
2.tepung gandum (3 sudu makan)
3. gula
4. garam 
cara-cara:

1.rebus ubi keledek dengan sedikit garam
2.angkat keledek tu dan biarkan sejuk, kupas kulitnya
3.lenyekkan keledek tu dan campurkan dengan tepung gandum
4.bentukkan bulat2 sebelum dileperkan




5.letakkan gula (ikut suka nak berapa banyak gula)


6. bentukkan bujur


7. gorengkan dalam minyak panas





dah siap!!



AMARAN:

1.jangan letak tepung banyak sangat, nanti keras sangat..baling ke dinding pun boleh retak
2.jangan makan cepat sgt. biarkan sejuk sikit..kalau tak,lidah akan melecur sbb gula tu panas

Sunday, August 22, 2010

LAUK: ayam masak kicap

ASSALAMUALAIKUM..

sila baca tajuk entri ini dengan muka mencebik (kalau tak tahu mencebik itu apa,sila semak kamus).

buka puasa hari ni, saya ke dapur menyediakan kobis goreng,sambal tomato dan ayam masak kicap 




resepi ayam masak kicap ni simple n insyaALLAH mengenyangkan.enak dimakan dengan nasi panas dan sambal tomato. mari memasak!


Ayam Masak Kicap
(untuk 4-5 orang makan)


Bahan-bahan:

1. ayam (setengah ekor) -gorengkan separuh garing-
2. bawang besar (3 biji)
3.bawang putih (2 ulas)
4. halia (sebesar ibu jari)
5.rempah (bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga) -beli yg dalam peket tu-
6.serbuk lada sulah (1 sudu makan)
7.serbuk lada hitam (1 sudu makan)
8.sos tiram (2 sudu makan)
9.cili besar (2 batang)
10.kicap manis (ikut suka..sehingga capai tahap kehitaman yg diidamkan.haha)
11.garam (stengah sudu teh)
12.air asam jawa
13.daun sup +daun bawang
14.kentang (optional)


cara-cara:

1.blendkan 2 biji bawang besar,bawang putih,1/2 saiz ibu jari halia,lada sulah
2.dalam mangkuk lain,gaulkan ayam dengan sos tiram n serbuk lada hitam (biarkan sebentar, kalau nk lagi sedap...perap lama sikit)
3.tumiskan rempah,masukkan bahan yang dah diblender
4.masukkan bawang besar yang dihiris, halia yang dihiris n kentang
5.masukkan ayam
6.tmbahkan kicap dan garam
7.tmbahkan air
8.biarkan mendidih
9.taburkan daun sup+daun bawang
10.siap!


 snap...


snap lagi

Saturday, August 21, 2010

LAUK: sambal petai dan asam pedas

ASSALAMUALAIKUM

sepatutnya resepi ni dipublish di sini minggu lepas lagi.tapi baru hari ini berkesempatan. cubalah ye.. :)

sambal petai ikan bilis

BAHAN-BAHAN

1. petai (2-3 papan)
2. bawang besar (5-6 biji)
3.belacan (2 cubit)
4.ikan bilis (2 genggam)
5.cili kering yg dah dikisar/cili boh (ikut suka,nak pedas letaklah lebih)
6.asam jawa (dibancuh dengan air)
7.ajinomoto,garam,gula

CARA-CARA

1.kisarkan setengah genggam ikan bilis,belacan,dan 2 biji bawang besar sehingga hancur
2.panaskan minyak dalam kuali
3.gorengkan baki ikan bilis yang tidak dikisar,angkat dan ketepikan
4.tumiskan bahan yg dah dikisarkan tadi hingga naik bau n pecah minyak,
5.masukkan cili kering kisar/cili boh dan biarkan ia garing atau pecah minyak
6.masukkan petai
7.nmasukkan hirisan bawang besar (baki bawang besar yang tak dikisar tadi)
8.masukkan air asam jawa dan sedikit air
9.masukkan ajinomoto,gula n garam
10.masukkan ikan bilis goreng tadi

SIAP!




     asam pedas sardin
  (boleyh juga diganti dengan ayam atau daging)

sebelum kita beralih kepada bahan-bahan dan cara-caranya,biar sy jelaskan kenapa sy pakai sardin..sebab..sebab..sebab..murah!haha..tu satu sebabnya..sebabnya lagi, kebetulan ada 2 tin sardin kat rak dapur, so ambil sajalah.

BAHAN-BAHAN

bahan A

1.sardin (1-2 tin)
2.serai (sebatang) -diketuk-
3.daun limau purut (3-4 helai)
4.tomato (2 biji) -dipotong 4-
5.air asam jawa
6.ajinomoto,garam,gula

bahan kisar

1.bawang besar (2-3 biji)
2.halia (sebesar ibu jari)
3.kunyit hidup (sebesar ibu jari)
4.serai (2 batang)
5.bawang putih (2 ulas)
6.cili kering (ikut suka)

CARA-CARA

1. tumiskan bahan kisar
2.masukkan cili kering yang dikisar/cili boh, biarkan hingga pecah minyak
3.masukkan kuah sos sardin  (jangan masukkan ikan dulu)
4.masukkan air asam jawa dan sedikit air 
5.masukkan ikan sardin
6.tambahkan semua bahan A

SIAP!

 
yang ni pekat kuahnya,kalau korang nak kuah cair,tambahlah air waktu masak



SELAMAT MENCUBA

Wednesday, August 18, 2010

LAUK: sardin black pepper dan bubur ayam

ASSALAMUALAIKUM..

bulan puasa ni memang rajin anggota badan ini ke dapur dan memasak.sebabnya memang agak save the budget la jugak buat mcm ni..makanan boleh share ramai n boleh bawak sampai sahur. :) kali ni..saya nak share dua resepi. resepi ni sesuai untuk para pelajar uni,kolej dan adik beradiknya sebab simple dan boleh dimasak even menggunakan periuk nasi (if kat kolej kalian,dapur gas itu hukumnya HARAM)

sardin black pepper

i know,u'll be like..eeyuhh..sardin black pepper?well..try dulu,baru tau.hehe..ni pun sebab saya dah bosan asyik makan sambal sardin..so..nak cari kelainan sikit.buatlah lauk ni.

bahan-bahannya
1.sardin (1 tin)
2.bawang besar (sebiji) -dihiris-
3.bawang putih (3 ulas) -dihiris-
4. cili api (suka hati) -dihiris-
5.halia (sebesar ibu jari) -dihiris-
6. daun limau purut (3-4 helai)
7. serbuk lada hitam (1sudu makan) 
8.sos tiram (2 sudu makan)
9..kicap manis (suka hati..sampai warna hitamnya mencapai tahap kepuasan anda)
10. tomato (2 biji) -dipotong 4-
11. asam jawa -bancuhkan dengan air-
12.gula,garam,ajinomoto (sesuka hati)

cara-caranya:

1. tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili api sehingga naik bau
2.masukkan kuah sardin dalam tin (jangan masukkan ikan sardinnya dulu)
3.tambahkan lada hitam,kicap manis,sos tiram,
4.masukkan sedikit air
5.tambahkan gula,garam dan ajinomoto
6.biarkan mendidih
7.masukkan ikan sardin
8.masukkan tomato dan daun limau purut
9.tambahkan air asam jawa
10.biarkan mendidih
11.siap!



okay..resepi kedua

Bubur ayam

bahan-bahan:
1.beras (1 setengah cawan atau tin susu)
2.air (depends on kepekatan bubur)
3.bawang besar (sebiji) -dihiris-
4.bawang putih (2 biji) -dihiris
5.halia (separuh ibu jari) -dihiris
6.rempah sup (2 sudu)
7.isi ayam
8.kulit kayu manis+bunga lawang+buah pala (beli je yg dah diletak dalam satu peket kecil)


*bahan blender*
1.bawang besar (3-4 biji)
2.bawang putih (seulas)
3.halia (sebesar ibu jari)

*barang hiasan*
1.daun sup (diracik)
2.daun bawang (diracik)
3.bawang goreng
4.sambal kicap (kisarkan atau tumbuk cili besar+cili api+bawang putih+limau nipis utk perah jus+kicap)

cara-caranya:

1.tumiskan kulit kayu manis dan gengnya
2.tumiskan bawang,bawang putih n halia
3.tumiskan bahan blender
4.masukkan sedikit air dan isi ayam
5.bila dah mendidih,masukkan beras
6.masukkan air penuh ke dalam periuk
7.masukkan garam n ajinomoto
8.teruskan mengacau (pastikan api tak terlalu kuat..or else..bahagian bawah akan hangit)
9.tutup api n angkat bubur
10.letakkan dalam mangkuk n hiaskan dengan bahan hiasan..
9.siap!






SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, August 3, 2010

SOS/SAMBAL/TOPPING: sambal tomato

ASSALAMUALAIKUM...

yeah..semalam kelas sangat penuh.i mean..jadual pack!from kampus to Proton City (PC),pukul 7 malam baru sampai rumah.kelaparan melanda. tiba2 terasa nak makan kampung style..kelentang..kelentung..kelentang..kelentung..dengan bantuan murni housemate2ku syg..nina,elly n zaff..siaplah juga..

MENU: nasi putih (panas2 punya)
 kacang panjang+kacang botol goreng belacan
telur dadar
ikan masin (bersama limau nipis,cili api n bawang)
sambal tomato effa (haha..agak poyo di situ)

  okay..this is hideous..taken after we finished eating..

wohoo..dah siap masak baru sedar yang agak banyak juga lauk itu sedangkan 2 orang je makan simply because others ada hal malam tu so tak dapat join makan..huhu..takpe2..peti sejuk menyelamatkan keadaan..;)

well..i just want to share my recipe here..yeah..sudah lama tak update resepi kat blog.kalau kalian lapar tapi malas sangat nak masak yang complicated..cubalah resepi ni,dijamin halal dan ke bintang!haha

sambal tomato effa

Bahan-bahan: (yang ni untuk lebih dari seorang makan..)

bahan2 tumis

1.bawang besar(sebiji)
2.ikan bilis (segenggam)
3.tomato merah/hijau (sebiji)
4.cili merah/hijau besar (5-6 biji)
5.cili api (ikut suka..nak pedas letaklah lebih)
6.belacan (1 sudu kecil)


bahan2 perasa

1..limau nipis (2 biji, ambil jusnya)
2.garam
3.ajinomoto (optional)



how to make it?

1.baca basmalah (bismillahirrahmanorrohim) :)
2.letak minyak sikit dalam kuali n then gorengkan ikan bilis 
3.angkat n ketepikan
4.gorengkan belacan..(tak perlu garing sangat)
5.angkat n ketepikan
6.tumiskan bahan2 tumis (tumis tu maknanya minyak taklah sebanyak untuk goreng)
7.angkat n ketepikan
8.tumbuk guna lesung batu semua bahan2 yang dah digoreng
9.masukkan bahan2 perasa..

BON APPETITE~

the taste is not as bad as it looks okeyh..;)

makanlah dengan nasi panas n telur dadar..:)