Tuesday, August 31, 2010

DESSERT: cik mek molek

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 buat negaraku tercinta, Malaysia.

Khas untuk menyatakan betapa daku menyayangi Malaysia, petang tadi daku ke dapur bersama2 roomateku, Elly untuk sediakan kuih tradisional Malaysia yang cukup popular di Kelantan, Cik Mek Molek. cubalah ye..enak dimakan waktu petang sambil hirup kopi panas.yummy2

Bahan-bahan:

1. ubi keledek (yang isi dia warna putih tau! ) -2 biji-
2.tepung gandum (3 sudu makan)
3. gula
4. garam 
cara-cara:

1.rebus ubi keledek dengan sedikit garam
2.angkat keledek tu dan biarkan sejuk, kupas kulitnya
3.lenyekkan keledek tu dan campurkan dengan tepung gandum
4.bentukkan bulat2 sebelum dileperkan




5.letakkan gula (ikut suka nak berapa banyak gula)


6. bentukkan bujur


7. gorengkan dalam minyak panas





dah siap!!



AMARAN:

1.jangan letak tepung banyak sangat, nanti keras sangat..baling ke dinding pun boleh retak
2.jangan makan cepat sgt. biarkan sejuk sikit..kalau tak,lidah akan melecur sbb gula tu panas

6 comments:

  1. paling suke kueh nie~~~~ yeay!!!

    epa, wat kan kat dell

    ReplyDelete
  2. :) ye ke babe?

    boleyh saje..ckp je bile mahu

    ReplyDelete
  3. uihh...pandai laa eppa buat kuih muih nih..

    ReplyDelete
  4. eh, tu ayat mcm perli ke ? aku puji ikhlas laa...

    ReplyDelete