Tuesday, January 25, 2011

DESSERT: corn pudding with cream corn.

ASSALAMUALAIKUM..



mari-mari, tatkala kepanasan di dalam rumah, mari kita ngap dessert ini.




bahan-bahan:




1. tepung custard (1 cawan)

2. jagung dalam tin (1 cawan)

3. air (4-5 cawan)

4. susu cair (1 tin)  -kalau nak pakai santan pon boleh bha..-

5. gula (1/2 - 1 cawan)

6. garam (2 cubit)


cara-cara:

1. campurkan ke dalam periuk semua bahan, gaulkan rata dan jangan biar berketul-ketul macam badan fahrin ahmad.



2. letakkan periuk itu atas api sederhana besar.



3. gaul sentiasa sehingga adunan likat dan bersinar. (jangan tinggalkan nanti hangus!)




4. bila dah likat dan masak betul, perlahankan api dan akhir sekali tutup.



5. biarkan sejuk sebelum letak dalam loyang atau bekas yg disukai.



6. sejukkan dalam peti sebelum dihidangkan. kali ni saya hidangkan dengan jagung dalam tin tu juga. baki yang tinggal tadi.





yeah..updated. sekarang mari kita buat kuah koktel pula. lepas tu bolehlah makan dengan puding ni.


bahan-bahan:

1. susu cair (1 tin)

2. gula (optional)

3. air (ikut suka)

4. buah-buahan koktel dalam tin (1 tin)

5. nata de coco (1 tin)


cara-cara;

1.campur semua bahan dalam kuali or periuk, panaskan.

2. biarkan sejuk sebentar sebelum letak dalam peti sejuk.


selamat mencuba. hidangan ini sedap dihidangkan sejuk.  :)



inilah hasilnya bila dah dicampurkan potongan puding jagung dan kuah koktel.


5 comments:

  1. nice resepi..follow u..do follow me

    ReplyDelete
  2. salam sedapnyee! i follow u..
    do care to singgah my blog at http://sharemyloves.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nak2..tapi malas nak buta..awk tolong wak tuk bunga leh..hahaha..

    ReplyDelete
  4. tasha: thanx dear

    bunga:haha..boleyh2...dtg r umah.hee

    ReplyDelete