Tuesday, January 25, 2011

DESSERT: corn pudding with cream corn.

ASSALAMUALAIKUM..



mari-mari, tatkala kepanasan di dalam rumah, mari kita ngap dessert ini.




bahan-bahan:




1. tepung custard (1 cawan)

2. jagung dalam tin (1 cawan)

3. air (4-5 cawan)

4. susu cair (1 tin)  -kalau nak pakai santan pon boleh bha..-

5. gula (1/2 - 1 cawan)

6. garam (2 cubit)


cara-cara:

1. campurkan ke dalam periuk semua bahan, gaulkan rata dan jangan biar berketul-ketul macam badan fahrin ahmad.



2. letakkan periuk itu atas api sederhana besar.



3. gaul sentiasa sehingga adunan likat dan bersinar. (jangan tinggalkan nanti hangus!)




4. bila dah likat dan masak betul, perlahankan api dan akhir sekali tutup.



5. biarkan sejuk sebelum letak dalam loyang atau bekas yg disukai.



6. sejukkan dalam peti sebelum dihidangkan. kali ni saya hidangkan dengan jagung dalam tin tu juga. baki yang tinggal tadi.





yeah..updated. sekarang mari kita buat kuah koktel pula. lepas tu bolehlah makan dengan puding ni.


bahan-bahan:

1. susu cair (1 tin)

2. gula (optional)

3. air (ikut suka)

4. buah-buahan koktel dalam tin (1 tin)

5. nata de coco (1 tin)


cara-cara;

1.campur semua bahan dalam kuali or periuk, panaskan.

2. biarkan sejuk sebentar sebelum letak dalam peti sejuk.


selamat mencuba. hidangan ini sedap dihidangkan sejuk.  :)



inilah hasilnya bila dah dicampurkan potongan puding jagung dan kuah koktel.


Monday, January 17, 2011

ANEKA MEE: tomato noodle

ASSALAMUALAIKUM


Go tomato!!!! kali ni bereksperimen dengan puri tomato (tomato dalam tin) dan mi kering. cubalah kalau sudi. 


bahan-bahan:

-bahan mee-

1. mi kering 
2. bawang putih -2 ulas-
3. kicap masin -2 sudu makan-
4. sos tiram -2 sudu makan-
5. kicap manis -2 sudu makan-
6. air


-bahan kuah
 -

1. tomato puree' (dalam tin) -3 sudu makan-
2. bawang merah -sebiji-
3.bawang putih -2 ulas-
4. halia -sikit saja-
5.bebola ayam/bebola daging/isi ayam/isi daging
6. cili kering diblender -1 sudu makan-
7. sos tiram -1/2 sudu makan-
8. kacang panjang/kobis bunga/carrot/broccoli 


cara-cara penyediaan

-cara sediakan mee-

1. panaskan kuali, ketuk bawang putih dan masukkan ke dalam kuali. biarkan bawang putih naik bau atau bertukar warna coklat keperangan.

2. masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.

3.masukkan air secukupnya 

4.masukkan mee kering, biarkan terendam hingga lembut.

5.toskan.


-cara sediakan kuah-

1. tumiskan bawang merah, bawang putih dan sedikit halia.
2. masukkan cili kering yang telah dikisar, biarkan masak.
3.masukkan puri tomato
4. tambahkan gula, garam, serbuk perasa dan serbuk pati ayam (jika ada)
5. masukkan isi ayam
6.tambahkan air (jangan terlalu banyak)
7.biarkan mendidih sebelum dimasukkan sayuran.


sedia disantap.  :)




Saturday, January 15, 2011

ANEKA ROTI: special egg toast

ASSALAMUALAIKUM


bagi yang teringin nak makan roti as a breakfast, menggantikan nasi lemak ke ape ke..bolehlah cuba ini ye. :)


bahan-bahan:

1. roti biasa/ wholemeal (2 keping)
2. telur ayam (sebiji)
3. bawang kecil (sebiji)
4. bawang putih (seulas)
5. serbuk lada hitam
6. serbuk lada putih
7. sos cili
8. parsley kering (optional)
9. daun salad


cara-cara:

1. bakar roti guna pembakar roti @ guna kuali biasa dan biarkan roti dalam kuali (tanpa letak minyak) sampai bertukar warna coklat gelap, jangan hangit pulak. dah siap, alihkan ke dalam pinggan.

2. hiris bawang kecil dan bawang putih lalu tumiskan hingga layu (minyak tak perlu banyak sangat). alihkan

3. goreng telur macam biasa (nak sedap lagi, telur kuning tak perlu terlalu masak). tambahkan bawang kecil n bawang putih yang dah ditumis tadi, serbuk lada hitam n lada putih.

4. susunkan bahan-bahan seperti buat sandwich. jangan lupa daun salad dan sos. taburkan parsley kering.

5. SIAP.