Assalamualaikum
Sebelum saya tunjukkan foto-foto makanan yang telah berjaya disumbat ke dalam perut baru-baru ini, saya ingin ceritakan serba sedikit tentang makanan yang dijual dan kaitannya dengan diri saya. hasil temubual (temubual lah sangat. HAHA) yang pendek dengan seorang pekerja atau mungkin owner di situ, beliau menyatakan ramai pelanggan memberikan komen bahawa mee rebus yang dijual persis Mee Rebus Johor yang menjadi antara makanan yang menggambarkan identiti negeri Johor Darul takzim. Namun, pemilik restoran ini bukanlah orang Johor. Dikhabarkan juga pemiliknya sudah berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang perniagaan makanan.
Seperti yang saya katakan, makanan yang dijual di sini cuma SATE dan MEE REBUS, jadi jangan pula tiba-tiba minta burger, siakap tiga rasa atau char kuey teow ye. :D Sejujurnya, walaupun darah anak Johor mengalir di dalam badan, saya tidak gemar makan mee rebus kerana kebiasaannya ia manis kerana mereka menggunakan ubi kentang mahupun keledek untuk menjadikan kuahnya pekat. Ada juga yang turut menambah gula, menjadikannya terlalu manis! Namun, yang peliknya, saya mampu habiskan semangkuk sederhana besar mee rebus di SS Satay ini. Ha...nampak tak tahap sedap tu? ecewahhh, lagipun, mungkin kerana saya request cili api potong untuk dimakan sekali dengan mee rebus ini, makanya selera naik! :D Sebut pasal satay pula, itu memang favorite! Maka tak heranlah masih mampu habiskan sepuluh cucuk dengan kawan-kawan membantu.
Mari cuci mata sekarang...
Mee Rebus (harga tak pasti sebab disponsor) :D Komen: Cukup rasa. Tak terlalu manis, ada rasa pedas. Kuah pekat, kuantiti telur rebus yang cukup. Cuma, apa yang kurang ialah kuantiti daging. Ia menjadikan mee rebus ini sedikit muak bagi mereka yang tak biasa makan mee rebus kerana rasa sedikit 'kosong' dengan kuantiti daging yang kecil. pendapat saya, lebihkan sedikit daging, pasti umph! |
untuk kawan-kawan juga. antara kawan-kawan yang turut serta teman saya makan di sini: |
ha..curi! LOL |
Mungkin kerana kedai ini masih baru dibuka, ia belum dihias indah lagi. namun, makanan-makanan mereka anda harus cuba jika anda di Tanjung Malim, Perak. Senang saja nak tahu lokasinya. bertentangan kuil, di sebelah old Town White Coffee di Tanjung Malim.
Secara keseluruhan:
Makanan: 8/10
Persekitaran: 4/10
SELAMAT MENCUBA!!!
Alamat: Jalan Slim, Tanjong Malim (019-595-9792)
No comments:
Post a Comment