Monday, September 9, 2013

FOOD REVIEW: SATAY SS

Assalamualaikum






Review seterusnya ini pula berkaitan S.S Satay. Sebelum tu saya nak ucapkan beribu, berjuta, berbillion terima kasih kepada Asma dan Hajar, sahabat-sahabat yang baru saya kenali sewaktu menghadiri Kursus Pentauliahan Profesional selama 3 minggu beberapa bulan yang lepas.Mereka yang mengajak saya untuk ke sini dan merebiu makanannya. Kalau anda mahu ke sini, jangan minta benda lain selain sate dan mee rebus kerana dua makanan inilah yang dijual di sini. Oleh sebab itu, kualiti dan rasanya terjaga.

Sebelum saya tunjukkan foto-foto makanan yang telah berjaya disumbat ke dalam perut baru-baru ini, saya ingin ceritakan serba sedikit tentang makanan yang dijual dan kaitannya dengan diri saya. hasil temubual (temubual lah sangat. HAHA) yang pendek dengan seorang pekerja atau mungkin owner di situ, beliau menyatakan ramai pelanggan memberikan komen bahawa mee rebus yang dijual persis Mee Rebus Johor yang menjadi antara makanan yang menggambarkan identiti negeri Johor Darul takzim. Namun, pemilik restoran ini bukanlah orang Johor. Dikhabarkan juga pemiliknya sudah berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang perniagaan makanan.

Seperti yang saya katakan, makanan yang dijual di sini cuma SATE dan MEE REBUS, jadi jangan pula tiba-tiba minta burger, siakap tiga rasa atau char kuey teow ye. :D Sejujurnya, walaupun darah anak Johor mengalir di dalam badan, saya tidak gemar makan mee rebus kerana kebiasaannya ia manis kerana mereka menggunakan ubi kentang mahupun keledek untuk menjadikan kuahnya pekat. Ada juga yang turut menambah gula, menjadikannya terlalu manis! Namun, yang peliknya, saya mampu habiskan semangkuk sederhana besar mee rebus di SS Satay ini. Ha...nampak tak tahap sedap tu? ecewahhh, lagipun, mungkin kerana saya request cili api potong untuk dimakan sekali dengan mee rebus ini, makanya selera naik! :D Sebut pasal satay pula, itu memang favorite! Maka tak heranlah masih mampu habiskan sepuluh cucuk dengan kawan-kawan membantu.

Mari cuci mata sekarang...








Sate Daging Lembu dan Ayam
Ayam: 80 sen secucuk
Daging: 90 sen secucuk
Komen: SUPER AWESOME!! Sesuai dengan harga. Itu yang saya dapat rasakan. Daging diperap sempurna. Setiap gigitan membangkit aroma dan mengeluarkan jus berempah yang menaikkan lagi selera. saya lebih sukakan sate daging mereka kerana isinya tebal, lembut dan cukup rasa. sate ayam pula sedap juga, lembut tetapi bagi penggemar ayam pasti jadi pilihan. bagi saya ia agak sedikit muak.







kuah kacang ini pun sedap kerana cukup rasa kacang, manis dan masinnya. Memang naik selera bila cicah sate dengan kuah kacang ni. Tapi, kalau ditambah sambal ala-ala Sate kajang pun sedap juga. oh saya memang suka yang pedas-pedas.  :D


Mee Rebus
(harga tak pasti sebab disponsor) :D
Komen: Cukup rasa. Tak terlalu manis, ada rasa pedas. Kuah pekat, kuantiti telur rebus yang cukup. Cuma, apa yang kurang ialah kuantiti daging. Ia menjadikan mee rebus ini sedikit muak bagi mereka yang tak biasa makan mee rebus kerana rasa sedikit 'kosong' dengan kuantiti daging yang kecil. pendapat saya, lebihkan sedikit daging, pasti umph!



untuk kawan-kawan juga.



antara kawan-kawan yang turut serta teman saya makan di sini: 










ha..curi! LOL


Mungkin kerana kedai ini masih baru dibuka, ia belum dihias indah lagi. namun, makanan-makanan mereka anda harus cuba jika anda di Tanjung Malim, Perak. Senang saja nak tahu lokasinya. bertentangan kuil, di sebelah old Town White Coffee di Tanjung Malim. 

Secara keseluruhan: 

Makanan: 8/10
Persekitaran: 4/10

SELAMAT MENCUBA!!!




Alamat: Jalan Slim, Tanjong Malim (019-595-9792)



Sunday, September 8, 2013

FOOD REVIEW: Dapur Penyet Maju Junction

Assalamualaikum


Lama betul blog ni dibiarkan bersawang. Al-maklumlah sibuk belakangan ini. Persiapan konvokesyen (ya Allah, sekejapnya masa berlalu, tak sedar dah 4 tahun belajar. hampir seusia blog ini), persiapan resepsi kakak dan lain-lain. Tapi yang penting, makan TAK PERNAH lagi tertinggal. :D

Kelmarin, sahabat saya dari Sarawak, Josphine beritahu kekempunannnya (HAHA!) untuk makan nasi ayam penyet. Kami memang suka sebab sambal dia yang pedas meletop vavavooommm. jadi, sementara adik lelakiku tersayang ada di rumah, dialah yang jadi mangsa kami. He drove us to Maju Junction's Dapur Penyet at 8.30 pm, another 30 minutes before the resto closed. HAHA. vain tak vain? Kami tak kira, janji perut lapar perlu diisi kerana pada waktu itu kami baru sahaja pulang dari menguruskan hal Konvokesyen di Tanjung Malim.

Ini sebenarnya kunjungan saya yang kedua selepas kunjungan pertama sewaktu bulan puasa 2 tahun lepas (si adik belanja kami sekeluarga sebab first time dapat gaji, so sweet! ). Makanya, sesudah sampai memang lengang restoran ini kerana jam menunjukkan pukul 8.45 malam, lagi 15 minit sebelum tutup. Dengan muka comel dan kelaparan, pekerja mereka menyapa "Hai, selamat datang, nak order apa?"

Okay, konsep kedai ini, anda boleh pilih untuk makan di dalam (air-conditioned ) ataupun di luar (open space). kami pilih untuk di luar kerana di dalam terlalu sejuk dan kerana tiada yang merokok di luar dan paling penting, dapat lihat suasana malam di Kota raya Kuala Lumpur. gittewww.. Keduanya, kalau anda berkunjung ke sini, seusai melangkah masuk, terus sahaja ke kaunter bayaran untuk memesan makanan anda dan membuat bayaran, duduk di tempat anda dan tunggu makanan dan minuman sampai.

Apa menunya? Cuma ada ayam penyet ke? TIDAK. Macam-macam ada.... bolehlah usha menu di sini. Tapi semuanya berasaskan menu makanan Seberang, makanan Padang (correct me if I'm wrong). Kami pesan set ayam penyet, ayam belado, udang petai, soto ayam dan air. Favorite drink kalau makan ayam penyet ialah Teh Botol tapi malangnya sudah habis waktu kami ke sana (siapa suruh datang waktu dah nak tutup), maka kami pesan air kosong sahaja :D Inilah gambar-gambar makanan kami.

ini dia muka kami yang mengantuk plus lapar. :D



         Ayam Belado + Nasi Putih  
(RM8.90 +RM1.50)
Komen: Yummy! Tapi...tauhu goreng agak masam



Petai Udang Belado
RM6.90
Komen: As you can see, WAY TOO OILY! I doubted to eat. just ambil udang dan bersihkan dari minyak





Soto Ayam Mee
RM6.90
Komen: Yummy! kuahnya wangi dan kuantiti memadai. Kuah kicap kurang 'kick' 








Ayam Penyet +Nasi Putih 
RM 8.90 + RM1.50
Komen: Ayamnya sedap, rangup di luar, lembut di dalam, sambalnya CUKUP pedas. kalau anda tak kuat makan pedas, jangan berlagak minta ekstra macam saya T_T, sayur terlalu sikit. Hanya kobis putih diberikan. Tauhu goreng agak masam, dan tiada tempe goreng! 


habis! alhamdulillah



All in all, I give them:

Ambiance: 8/10
Food: 6/10
Price: 6/10



Jika mahu dibandingkan kunjungan pertama saya dengan yang ini, saya lebih berpuas hati dengan kunjungan pertama. Mungkin kerana kedai pun sudah mahu tutup, maka kualiti makanannya juga kurang di waktu ini. Apa-apa pun, anda patut cuba sendiri dan bersedia untuk merasai sambal pedas meletop! jangan lupa order Teh Botol ya! 



Unit G-15A & 17,
Ground Floor, Maju Junction Mall,
50250 Kuala Lumpur
Contact : 03.2796.3233

Website: Dapur Penyet