Friday, June 4, 2010

ANEKA MEE: bihun sup+sambal kicap+begedil ayam

ASSALAMUALAIKUM..

sekali lagi..merajinkan diri di kala kebosanan..dah jemu makan nasi..tiba2 rasa nak makan bihun pula.. so..decided to make bihun sup..ameng kata..tak sedap kalau buat bihun sup tak ada begedil..haha..malasnya nak buat begedil walaupun memang sangat2 suke makan begedil..fikir punya fikir..ok la..buat juga..n tambah lagi dengan sambal kicap..meh2 kita share resepi..:)


bihun sup..


"okay puan2 di rumah..hari ni wan nak tunjuk"...eh..masuk karakter Chef Wan pulak..okay..mari kita mulakan dengan resepi bihun sup..tak kisahlah anda nak cuba atau tak,yang penting anda kena cuba..cuba..cubalah..please..haha

bahan-bahan (untuk 3 orang makan)

 * bihun (sila rendam ye..)


A.bawang merah (3 biji) -sila tumbuk-
B. bawang putih (3 ulas) -tumbuk juga-
C. halia (sebesar ibu jari) -tumbuk lagi-
D. bunga cengkih (suka hati)
E.bunga lawang (suka hati)
F.kulit kayu manis (satu cukuplah)
* daun bawang (suka hati)
*daun sup (suka hati)
*taugeh (suka hati lagi)
* sup bunjut (optional)
* ayam/daging (suka hati lagi)
* sawi (beberapa batang)
* perencah sup (sepeket kecil)
* perencah kurma (1 sudu makan)

cara-caranya


1. panaskan minyak
2. tumiskan bahan  A-F sehingga naik bau
3. masukkan ayam atau daging n biarkan sehingga agak empuk
4. masukkan air mengikut takat yang disukai (nak kuah banyak..letaklah air banyak)
5. masukkan sup bunjut, perencah sup n perencah kurma
6.biarkan mendidih n tambah garam,serbuk perasa dan sayur sawi
7.siap!




kalau makan bihun sup, saya wajib makan dengan sambal kicap..so..ini resepi sambal kicap yang ibu saya ajar..simple tapi memang best..kalau nk makan sambal kicap ni buat pencicah pisang goreng ke, keledek goreng ke, tempe goreng ke, ok gak.

sambal kicap


bahan-bahan: 




* bawang putih (2-3 ulas)
* cili merah besar (5-6 batang)
* cili api (7-8 batang)
* limau nipis (3-4 biji) -ambil jusnya-
* kicap manis
*secubit gula

cara-cara:

1. (tumbuk atau guna blender kering) bawang putih, cili besar n cili api juga secubit garam)
2. keluarkan bahan yang sudah diblender tu n letak dalam mangkuk
3. tambahkan jus limau nipis n kicap manis dalam mangkuk tersebut n digaul rata


resepi seterusnya..


begedil (ayam)

bahan-bahan:


* ubi kentang -buang kulit n potong-(3 biji)
bawang merah (1 biji)
* isi ayam (direbus n dihiris)
* daun sup -hiris halus- (setengah genggam)
* daun bawang -hiris halus- (setengah genggam)
* telur ayam -untuk dicelup- (sebiji)
* garam (suka hati)
* lada sulah n lada hitam (serbuk)
* bawang goreng


cara-cara:

1. goreng kentang sehingga agak empuk n jangan terlalu garing
2. angkat kentang tu n ketepikan
3. goreng bawang

4. angkat bawang tu n ketepikan
5. tumbuk kentang yang dah digoreng tadi guna lesung batu (tumbuk hingga betul2 lumat)
6. letakkan di dalam mangkuk
7.masukkan lada sulah,lada hitam, garam,daun bawang n daun sup ke dalam mangkuk berisi kentang yang dah ditumbuk tu
 8.bentukkan bulat ke,leper ke,love ke..suka hatilah
 9.pecahkan telur dalam mangkuk lain
10.celurkan begedil yang dah dibentuk tadi dalam telur yang dah dipecahkan

11.gorengkan dalam minyak yang panas (api sederhana)

12. siap!


cara hidang bihun sup n begedil ayam..


1. letak segenggam bihun dalam mangkuk
2.letakkan taugeh,daun bawang,daun sup, bawang goreng, begedil n sambal kicap ke atas bihun
3. tambahkan sup




seronok sangat tengok ibu tambah dua kali bihun sup n begedil, aziq pun suka..hehe..so kawan2, cubalah..kalau nk pikat hati suami ke, ibu ke,ayah ke,hehe..boleh jamu ramai..berbaloi2..:)




12 comments:

  1. hehe..chaah tuh kg mak ke ayah??huhu..klu org Johor mmg mkn dgn smbl kicap kan.

    wah.nak cuba nnt resepi kamu!!

    ReplyDelete
  2. yeah..saye sdiri pown lahir kat johor syg..hihi

    try tau..pastu letakla kat blog..komen2..;)

    ReplyDelete
  3. oh eppa oi..beza sgt rupanya sambal kicap dan begedil kita!!!

    yg sambal kicap tu, nedd potong je cili n bawang besar, perah limau, letak garam, gula, kicap. settle. tak de guna bwg putih...

    bergedil plak, nedd rebus kentang tu, tpi eppa goreng ea? tataw plak boleh goreng..dah rebus, nedd kupas, n lenyek. then bru bentukkan n goreng, heee...

    tak kisah lah, janji sodap ye tak..
    beza cara org memasak ni ye. heee

    ReplyDelete
  4. nedd..huhu..

    begedil tu..epa goreng sbb nk bg dier xmudah terburai waktu goreng lepas dibentuk..mmg biase org rebus..:)

    yang sambal kicap tu..tu mmg biase dibuat kat uma ni..tryla yunk..sedap..:)

    ReplyDelete
  5. oi!
    macam sedap jek kau pye mee hoon sup n bedegi.
    buatkan aku.
    aku sukeeeeee~~
    hahaahahahahahah :D

    ReplyDelete
  6. haha..bukan macam..mmg sedap..haha..

    nk ke?nnt aq buat bedegil tok ko..aq bwak g genting..set?haha

    ReplyDelete
  7. owh patut la dari ari tu ckp psal begedil...ak pon nak..ak da la antu berdegil..wahaha

    ReplyDelete
  8. sup Nampak mcm letak santan, sebab serbuk kurma tu ke?

    www.mnmforlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. eh. tak ada santan pun., maybe effect kamera and ia agak pekat sebab serbuk kurma. tapi memang lebih sedap kalau tambah serbuk kurma sikit :)

    ReplyDelete