Sunday, June 6, 2010

DESSERT: rich choc pudding with white choco topping


ASSALAMUALAIKUM..

yeah..kali ini cik epa sekali lagi ke dapur..kalau ke dapur maknanya??? pandai...anak2 murid dah pandai..betul..kalau ke dapur maknanya saya kebosanan..buka peti sejuk, nampak butter dan white chocolate bar. tengok kat rak dapur, nampak serbuk koko n susu tepung, tengok atas peti sejuk, nampak sepeket agar-agar.ding..ding..apa lagi..mari bereksperimen..resepi kali ini..




RICH CHOC PUDDING with WHITE CHOCO TOPPING



nak tau cara buat?boleh2..tak nak tau pun saya tetap nk bgtau..cubalah..sangat simple.i think so far inilah resepi dessert paling simple pernah saya buat..so my dear readers..try it ya!

bahan-bahan:


Bahan-bahan A

1/2 cawan serbuk koko 
secawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter 
sepeket agar2 (agar2 strips)
bahan topping:

white chocolate (setengah bar)
air panas

cara-cara:

1. masukkan semua bahan-bahan A ke dalam periuk kecuali butter, biarkan mendidih

2. masukkan butter dan kacau sehingga butter larut dan semua bahan mencapai takat kesebatian yang memuaskan (pergh! ayatku tak boleh blah)


3.angkat adunan dan tapis sebelum diletakkan ke dalam loyang atau apa2 mould yang disukai (untuk dapatkan adunan yang 'clear')



4.biarkan di dalam peti sejuk selama beberapa tahun..eh..beberapa jam (sehingga betul2 keras dan cukup memuaskan)

5.untuk topping, letakkan air panas yang panas punyerrr! ke dalam loyang
6.masukkan white chocolate bar ke dalam mangkuk lutsinar atau apa2 mangkuk or bekas yang agak nipis n boleh serap haba
7.letakkan mangkuk tersebut di dalam loyang berisi air panas
8.menggunakan kuasa halilintar tujuh petala alam, godek-godekkan white chocolate itu sehingga cair
9.hiaskan ke atas pudding yang dah dipotong


enjoy! (biarkan selama beberapa minit sebelum makan pudding ini selepas diletakkan topping kerana bila topping dah mengeras..lebih sedap dimakan..:)  )



7 comments:

  1. awesome "menggunakan kuasa halilintar tujuh petala alam, godek-godekkan white chocolate itu sehingga cair"

    cnt stop laughing~!!!

    hmm what if i dont have tht kind of power?

    ReplyDelete
  2. haha..then u shud ask for someone's help

    ReplyDelete
  3. hoi, kau da potong jalan mama aku neh.
    sume resepi kau na masokkan.
    mama aku ta sempat lagi na buat blog.dem.
    hahahah.

    ReplyDelete
  4. hahahaha. kuasa halilintar tuuu

    tu teknik double boiling....kalau nak cepat, atau kurang mampu mcm akhmal kata tu,periuk berisi air panas tu direct heat je dgn api..tade hal. senang sikit cair.

    sampai nk guna kuasa halilintar..ha3...

    ReplyDelete
  5. ameng.haha..aq memang nk compete ngan mama ko..hahahhaa

    nedd..yeah..that's the term..double boiling..ingat nk gune api tapi sikit je pun igune coklat putih tu..so..malas lak nk idopkan api..well..ade byk kene blaja ngan nedd nih cuz bhgian dessert n baking ni sy lom mahir.huhu

    ReplyDelete
  6. tau pon ta mahir.
    blaja ngn mama aku.
    kelas selasa rabu khamis, pukul 2 ptg.
    hahahahahahaha

    ReplyDelete
  7. haha..xleh la meng..kang aq blaja ngan mama ko..pastu mama ko kagum ngan aq..habes dye nk aq jd menantu dye..kan susah..hahhaah

    ReplyDelete