Saturday, September 1, 2012

Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina TV1..It's an Honor!

ASSALAMUALAIKUM...

Fuhhhh...been ages this blog being left out. I was really busy with my new life as a practicum teacher, here in Taiping.

 Beberapa hari lepas, saya tergerak hati untuk buka inbox email dan saya ternampak satu email dari pihak Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina. Rancangan bual bicara atau 'talk show' ini disiarkan di TV1 pada setiap hari Ahad jam 3 petang. 




Di dalam email tersebut ada menyatakan mereka mahu menyiarkan blog saya ini dalam slot 'Blog Pilihan' di dalam rancangan tersebut. terkesima sebentar. Iyalah, blog ini pun tidaklah sepopular mana. Namun, pelawaan tersebut saya terima dengan gembira tak terhingga. Mungkinkah ini salah satu permulaan ke arah tahap yang lebih serius dalam dunia masakan buat diri saya? Tak siapa tahu :') *praying*


Apapun, saya berterima kasih buat pihak AKW dan saya harap blog ini bakal memberikan manfaat dan motivasi buat semua yang melawatnya. Makanan halal, makanan perut dan minda. :)

Kawan-kawan, jangan lupa untuk jenguk blog rancangan Apa Kata Wanita di sini:

Blog Zamzarina

dan page Facebook Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina di sini: 


Jangan lupa saksikan rancangan berinformasi ini yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Saya masih teringat salah satu episod yang memaparkan tips pengacaranya sendiri dalam membuat alat solekan sendiri (DIY). Pastinya lebih bnayak informasi yang dapat digunapakai jika anda menonton.


semoga pelbagai manfaat dapat dicapai. :)

seperti dilaporkan, jika tiada halangan, slot yang memaparkan blog saya ini akan ditayangkan pada Ahad (2 September 2012) di TV1 jam 3 petang dan ulangannya di TV2 pada jam 1 tengah hari di TV2 pada 7 September 2012