ASSALAMUALAIKUM..
hari ni kita makan seafood pula ye.Mari-mari cuba. :)
Ikan Selar Goreng Berlada
bahan-bahan:
ikan goreng:
1. ikan selar/keli/bawal/tongkol (3-4 ekor)
2. serbuk kunyit (1 sudu besar)
3. garam (2 cubit)
kuah cili api:
1. bawang merah kecil (2 biji)
2. Cili besar merah dan hijau (3 tangkai)
3. cili api (sebayak anda mahu, nak pedas, letak banyak.)
4. belacan (sebesar ibu jari)
5. asam keping (1-2 keping)
6. air
7. gula dan garam
8. tomato (sebiji)
9. daun bawang (seikat dihiris halus)
Cara-cara buat:
1. Goreng ikan yang sudah digaul dengan serbuk kunyit dan garam. dah siap, ketepikan
2. kisar (jangan terlalu halus) bahan-bahan kuah cili api ( 1-4 )
3. tumis bahan yang dah dikisar sampai garing, if pekat sangat, tambahkan air.
4. perasakan dengan garam, gula dan asam keping
5. tuangkan kuah ke atas ikan goreng yang dah disusun atas pinggan.
6. hiaskan dengan hirisan tomato dan daun bawang.
Ketam Goreng Sambal
bahan-bahan:
- ketam (1-2 ekor )
- serbuk kunyit
- bawang merah kecil (3 biji)
- bawang putih (2 biji)
- cili kering (direbus dan diblender )
- serai (diketuk)
- bawang besar kuning (dihiris)
- sos cili (2 sudu)
- air asam jawa (4 sudu)
- air
- gula dan garam
cara-cara buat:
1. gorengkan ketam yang dah dibelah dua dan digaulkan serbuk kunyit dan garam.ketepikan
2. kisarkan bawang merah kecil, bawang putih dan cili kering yang dah direbus.
3. tumiskan bahan-bahan kisar tu hingga pecah minyak. masukkan serai yang dah diketuk.
4.tambahkan sos cili
5. tambahkan air asam jawa dan air serta gura dan garam.
6.masukkan ketam goreng
7.masukkan hirisan bawang besar kuning
8. hiaskan dengan tomato dan hirisan daun bawang.
SELAMAT MENCUBA SEMUA. :)