ASSALAMUALAIKUM..
yeah..kali ini cik epa sekali lagi ke dapur..kalau ke dapur maknanya??? pandai...anak2 murid dah pandai..betul..kalau ke dapur maknanya saya kebosanan..buka peti sejuk, nampak butter dan white chocolate bar. tengok kat rak dapur, nampak serbuk koko n susu tepung, tengok atas peti sejuk, nampak sepeket agar-agar.ding..ding..apa lagi..mari bereksperimen..resepi kali ini..
RICH CHOC PUDDING with WHITE CHOCO TOPPING
nak tau cara buat?boleh2..tak nak tau pun saya tetap nk bgtau..cubalah..sangat simple.i think so far inilah resepi dessert paling simple pernah saya buat..so my dear readers..try it ya!
bahan-bahan:
Bahan-bahan A
1/2 cawan serbuk koko
secawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
sepeket agar2 (agar2 strips)
bahan topping:
white chocolate (setengah bar)
air panas
cara-cara:
1. masukkan semua bahan-bahan A ke dalam periuk kecuali butter, biarkan mendidih
2. masukkan butter dan kacau sehingga butter larut dan semua bahan mencapai takat kesebatian yang memuaskan (pergh! ayatku tak boleh blah)
3.angkat adunan dan tapis sebelum diletakkan ke dalam loyang atau apa2 mould yang disukai (untuk dapatkan adunan yang 'clear')
4.biarkan di dalam peti sejuk selama beberapa tahun..eh..beberapa jam (sehingga betul2 keras dan cukup memuaskan)
5.untuk topping, letakkan air panas yang panas punyerrr! ke dalam loyang
6.masukkan white chocolate bar ke dalam mangkuk lutsinar atau apa2 mangkuk or bekas yang agak nipis n boleh serap haba
7.letakkan mangkuk tersebut di dalam loyang berisi air panas
8.menggunakan kuasa halilintar tujuh petala alam, godek-godekkan white chocolate itu sehingga cair
9.hiaskan ke atas pudding yang dah dipotong
enjoy! (biarkan selama beberapa minit sebelum makan pudding ini selepas diletakkan topping kerana bila topping dah mengeras..lebih sedap dimakan..:) )