ASSALAMUALAIKUM...
Penang mari! to my dearest KKK followers, here I am, sharing my home made char kuey teow's recipe. Ini merupakan resepi yang telah diubah dan diolah dari resepi asal. Selamat Mencuba!
disebabkan kita sedia maklum, nak buat char kuey teow, sangat pantas macam kat kedai tu, jadi seeloknya siapkan paste dahulu. paste ni kiranya macam sos la. kalau dah siapkan nidulu, cepat sikit nak siapkan char kuey teow nanti. lagipun, paste ni kalau ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk n digunakan bila-bila anda mahu, OK?
bahan-bahan paste (untuk 4 orang makan)
udang basah (15-20 ekor)
bawang putih (4 ulas)
sos tiram (5 sudu besar)
kicap pekat (1 sudu besar)
kicap manis (3 sudu besar)
sos ikan (1 sudu besar ) -optional-
kiub pati ikan bilis (1 kiub)
air untuk merebus udang (3-4 cawan)
gula (1 sudu besar)
garam (setengah sudu besar)
kuah rojak buah (1 sudu besar) -optional-
cara-cara buat paste
1. rebus udang sehingga udang bertukar kemerahan
2. biarkan udang sejuk sebentar sebelum dikopek kulit dan kepalanya.ketepikan isinya. jangan buang air rebusan.
3. blendkan kepala udang dan kulitnya di dalam blender. gunakan air rebusan sekali.
4. tapiskan ia untuk dapatkan air udang yang bersih dari kepala dan kulit
5. campurkan air udang itu dengan bahan-bahan paste yang lain
6.renehkan di dalam kuali sehingga pekat
7.sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam bekas.
begini rupanya:
sekarang,..mari kita goreng Char Kuey Teow!! ingat! sekali masak untuk satu hidangan. kalau masak banyak sekaligus, tak sedap.
bahan-bahan:
kuey teow halus (segenggam)
telur ayam (sebiji)
cili kering blender/cili boh (ikut suka, nak pedas, letak banyak)
bawang putih (2 ulas)
udang yang dah dikopek tadi (5-6 ekor)
kerang yang dah direbus dan dikopek (segenggam kecil)
taugeh (segenggam)
kucai yang sudah diracik (segenggam kecil)
air (setengah - 1 cawan)
cara-cara membuatnya:
1. panaskan kuali, masukkan 2-3 sudu minyak masak
2. masukkan cili kering blender/cili boh
3.masukkan bawang putih
4. masukkan 1 sudu besar paste
5.kacau sebati sehinga garing sebelum masukkan air
6. masukkan taugeh dan kucai
7.masukkan udang dan kerang
8. masukkan kuey teow
9.bila air dah menggelegak, masukkan telur dan kacau sebati
10. segera alihkan ke pinggan
PERINGATAN: patikan kuali betul-betul panas. berhati-hati ya.
inilah hasilnya:
geramnyer..meleh air liur aku..hahah
ReplyDelete