Showing posts with label ANEKA SOS/SAMBAL/TOPPING. Show all posts
Showing posts with label ANEKA SOS/SAMBAL/TOPPING. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

SOS/SAMBAL/TOPPING: Home made sauce

ASSALAMUALAIKUM.


rasa nak makan jemput-jemput, cucur udang atau nasi ayam? TAPI tak tahu bagaimana nak buat sosnya? jangan risau. mudah sahaja cara membuatnya. mari-mari kita lihat.


bahan-bahan (untuk 5-6 orang)

1. cili besar merah (4-5 batang)
2. cili api (2 batang) -optional-
3.bawang putih (seulas)
4.sos cili (3 sudu besar)
5.gula (2 sudu kecil)
6. garam (3 sudu kecil)
7. air 
8. jus limau kasturi


cara-cara:

1. kisarkan halus bahan 1-7
2. renehkan bahan yang dah dikisar ke dalam periuk sehingga bau cili mentah hilang
3. masukkan air (kepekatan sos terpulang kepada anda)
4. setelah menggelegak, masukkan jus limau kasturi.
5.sedia dihidangkan. kalau tak habis, boleh disimpan dalam peti.  :)




semalam saya makan sos cili ini dengan jemput-jemput ikan bilis.







SELAMAT MENCUBA!!!!

Tuesday, August 3, 2010

SOS/SAMBAL/TOPPING: sambal tomato

ASSALAMUALAIKUM...

yeah..semalam kelas sangat penuh.i mean..jadual pack!from kampus to Proton City (PC),pukul 7 malam baru sampai rumah.kelaparan melanda. tiba2 terasa nak makan kampung style..kelentang..kelentung..kelentang..kelentung..dengan bantuan murni housemate2ku syg..nina,elly n zaff..siaplah juga..

MENU: nasi putih (panas2 punya)
 kacang panjang+kacang botol goreng belacan
telur dadar
ikan masin (bersama limau nipis,cili api n bawang)
sambal tomato effa (haha..agak poyo di situ)

  okay..this is hideous..taken after we finished eating..

wohoo..dah siap masak baru sedar yang agak banyak juga lauk itu sedangkan 2 orang je makan simply because others ada hal malam tu so tak dapat join makan..huhu..takpe2..peti sejuk menyelamatkan keadaan..;)

well..i just want to share my recipe here..yeah..sudah lama tak update resepi kat blog.kalau kalian lapar tapi malas sangat nak masak yang complicated..cubalah resepi ni,dijamin halal dan ke bintang!haha

sambal tomato effa

Bahan-bahan: (yang ni untuk lebih dari seorang makan..)

bahan2 tumis

1.bawang besar(sebiji)
2.ikan bilis (segenggam)
3.tomato merah/hijau (sebiji)
4.cili merah/hijau besar (5-6 biji)
5.cili api (ikut suka..nak pedas letaklah lebih)
6.belacan (1 sudu kecil)


bahan2 perasa

1..limau nipis (2 biji, ambil jusnya)
2.garam
3.ajinomoto (optional)



how to make it?

1.baca basmalah (bismillahirrahmanorrohim) :)
2.letak minyak sikit dalam kuali n then gorengkan ikan bilis 
3.angkat n ketepikan
4.gorengkan belacan..(tak perlu garing sangat)
5.angkat n ketepikan
6.tumiskan bahan2 tumis (tumis tu maknanya minyak taklah sebanyak untuk goreng)
7.angkat n ketepikan
8.tumbuk guna lesung batu semua bahan2 yang dah digoreng
9.masukkan bahan2 perasa..

BON APPETITE~

the taste is not as bad as it looks okeyh..;)

makanlah dengan nasi panas n telur dadar..:)